Saturday, August 16, 2014

BAB 6 : ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Isu Kesantunan Masyarakat
-Isu Pendidikan
-Isu Media Massa
-Isu ICT
-Isu Gejala Sosial
-Isu-isu lain

6.1 :ISU PENDIDIKAN
GURU DISPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH 10 ORANG PELAJAR.
AlorSetar :Seorang guru disiplin dibelasah oleh sekumpulan pelajarTingkatan 5 di SMK JalanGunung. Hal ini disebabkan pelajar tersebut ditegur kerana lambat menyertai perhimpunan. Menurut sumber, mangsa berusia 40 tahun it dikasari kepalanya sebelum dibelasah oleh kumpulan pelajar tersebut. Pelajar lain dalam kelashanya mampu melihatnya kerana tidak berdaya untuk menolongnya.
Malah, rotan cik guter sebut turut dipatahkan dengan perasaan geram.Difahamkan, kekecohan tersebuthanya dileraikan selepas dimaklumkan kepada cikgu lain. Usaha untuk mendapatkan komenmangsa tidak berjaya. Cuma yang pasti beliau kini bercuti dan sedang berehat. Sementara, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan beliau enggan mengulas kerana ke situ masih  di dalam siasatan.
6.2 :ISU MEDIA
*BAIK BURUK TELEVISYEN*
-Televisyen menjadi sebahagian daripada keluarga, hampir di semuar umah. Setiap rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya1televisyen.
-Televisyen : medium utama komunikasi & alat penyampai maklumat yang berkesan &mampu mempengharuhi cara berfikir seseorang.
-Pemerkasan Televisyan dalam Mendidik Masyarakat, merupakan buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
-Buku ini membincangkan perana televisyen kepada masyarakat sebagai saluran penting mempengharuhi cara berfikir & kehidupan budaya.
Bahagian 1: peranan televisyen, sama ada menggalakan cara  hidu materialism atau car hidup seimbang & luhur.
Bahagian 2: perkembangan era &cabaran perbandingan dengan negara Indonesia &membincangkan usaha-usaha kearah penubuhan badan pemantauan di kalangan rakyat.
Bahagian 3: Keprihatinan umat dalam menerapkan nilai agama dalam filem& drama.
Bahagian 4: kepentingan&implikasi pengaruh pegiklanan komersial terhadap cita rasa &nilai hidup masyarakat.
Bahagian 5: memperincikan peranan televisyen dalam pembangunan modal  insane & menggariskan maksud budaya dan gkal yang mewujudkan sikap kurang peka & kesedaran dalam kalangan masyakat.

6.3 :ISU GEJALA SOSIAL
1. GEJALA PONTENG SEKOLAH
Ponteng sekolah: perbuatan salahlaku & melanggar peraturan sekolah.
Jika tidak hadir ke sekolah tanpa sebab pada hari persekolahan dianggap ponteng.

6.4 ISU TMK
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
-Ruang lingkup tajuknya sagat luas
-Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat
-Secara tepat dan mudah

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.
-Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat

Contoh Alat ICT yang disalahgunakan pada Zaman ini yang menjejaskan Kesantunan
  • Jenayah Siber
  • Penggodam maklumat
  • Bahan-bahan pornografi
  • Kewujudan budaya plagiarism


6.5 ISU TAMBAHAN

ISU PENAGIHAN DADAH
Masalah sosial yang melibatkan pengunaan dadah sudah kerap dibicarakan di media massa serta di media cetak .Tetapi adakah masyarakat mengambil iktibar ataupun mengambil langkah berhati-hati daripada terjebak dengan penggunaan dadah yang berbahaya ini? Kebanyakkan masyarakat kita tidak mengambil tahu akan kesan daripada penyalahgunaan dadah kepada kehidupan kita nanti. Dadah didefinasikan sebagai satu bahan kimia pembuatan . Ia juga merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada satu bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal ,mental,emosi , serta tingkahlaku pengguna apabila menggunakan dadah . 

Terdapat pelbagai jenis dadah dan ada diantaranya boleh mengakibatkan ketagihan yang melampau.Penagihan dadah merupakan salah satu masalah sosial yang terjadi di kalangan masyarakat kita sekarang .Masalah ini kian menular akibat daripada pelbagai aspek.Tanpa kita sedari,kita juga telah menggunakan dadah iaitu apabila menggunakan ubatan seperti panadol.Tetapi penggunaan dadah sebegitu tidak berbahaya jika dibandingkan dengan dadah seperti syabu dan pil-pil khayal. Golongan yang selalu terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini adalah terdiri daripada golongan remaja . Bukan hanya golongan remaja,malah golongan artis juga sekarang banyak terjebak dengan aktiviti ini. Mereka ini selalunya bermula dari peringkat remaja dimana mereka baru berjinak –jinak dalam kancah dadah ini, dan aktiviti ini akan berterusan jika tiada usaha untuk berhenti. Maka masalah sosial ini perlulah dikenalpasti akan punca berlaku masalah ini dan cara untuk menghindarinya .
     
Antara faktor yang membawa kepada masalah sosial ini adalah sikap ingin mengetahui dan mencuba yang ada pada setiap manusia .Bermula dengan hanya mencuba ,akhirnya seseorang itu akan mula menagih dadah. Jika dahulu penagihan berlaku pada golongan berpendidikan rendah tetapi pada masa kini golongan yang menggunakan dadah terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi malah terdiri daripada golongan yang berkejaya.

Faktor lain yang mempengaruhi masalah sosial ini adalah pengaruh daripada rakan-rakan . Apabila tejebak dengan rakan-rakan yang menagih, sedikit sebanyak kita juga akan mula terpengaruh akan sikap mereka . Mereka akan mula memujuk kita untuk mencuba sahaja ,tetapi keseronokan seketika itu hanya akan memakan diri sendiri kerana akhirnya kita akan mula terjebak di dalam aktiviti tidak sihat ini.
Selain daripada itu faktor untuk mendapatkan ketenangan jiwa juga menjadi sebab kepada penagihan dadah ini. Kebanyakkan golongan atasan mengambil langkah mudah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dengan menggunakan dadah seperti pil estasi , ganja , dan syabu. Mereka hanya mengambil jalan cepat untuk menenangkan jiwa. Tekanan daripada keluarga, desakan daripada orang sekeliling serta persekitaran yang memerlukan persaingan .Bagi golongan pelajar mereka menjadikan dadah sebagai alasan untuk lebih fokus di dalam pembelajaran. Mereka mengangap bahawa penggunaan dadah akan dapat memberikan ketenangan kepada mereka.

 Faktor lain yang mengundang kepada masalah ini adalah kurangnya penghayatan kepada agama. Hal ini selalunya berlaku kepada golongan yang kurang didikan agama dan selalunya daripada keluarga yang berpecah belah. Mereka ini terasa disisihkan dan untuk mencari keseronokan mereka menggunakan jalan singkat adalah dengan penggunaan dadah.Pegangan agama yang rendah membolehkan seseorang itu mudah terjebak kerana jika seseorang itu mempunyai poengangan yang teguh terhadap pengangan agama akan tahu akibatnya daripada penggunaaan dadah .Media massa juga sedikit sebanyak memberikan maklumat dengan cepat kepada masyarakat tentang dadah.Maka masyarakat terutamanya golongan remaja akan mengetahui jenis –jenis dadah dan akan mula membelinya dengan mudah.Antara perlakuan biasa bagi orang yang menagih adalah seperti mata mereka merah, insomnia, menurunan berat badan serta kerap menggosok hidung.

Setelah faktor diperolehi, maka terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti. Langkah yang pertama adalah badan-badan kerajaan membuat kempen di sekolah bagi menekankan keburukan dadah dan bahaya nya ia terhadap diri seseorang .Kempen-kempen sebegini akan dapat menolong sedikit sebanyak kepada golongan remaja untuk lebih mengetahui tentang bahana jika mengambil dadah.
Selain daripada itu , langkah lain yang boleh digunakan adalah dengan memilih kawan yang betul. Pemilihan rakan sebaya yang betul akan dapat mengelakkan kita daripada terjebak daripada masalah sosial yang berbahaya ini. Hal ini kerana golongan remaja selalu terpengaruh akan gejala yang tidak sihat.
 Langkah lain yang membolehkan masyarakat daripada terjebak adalah dengan pengangan agama . Jika kita mempunyai pegangan agama yang tinggi ,maka kita tidak akan terjerumus di dalam aktiviti tidak sihat ini. Mendekatkan diri dengan tuhan,akan dapat memberikan kita untuk mengenalpasti akan kebaikan dan keburukan dadah itu. Dengan adanya tertubuhnya pertubuhan seperti pemadam dan pengasih , masalah penangihan ini akan boleh dibanteras . Organisasi ini akan membantu golongan penagih untuk berhenti menagih secara perlahan-lahan.Selain itu , penagih dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan bukannya menjadi sampah masyarakat. 
Kesimpulan daripada masalah sosial ini adalah ,kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah dadah ini kerana ianya akan mengundang bahaya kepada diri sendiri malahan memburukan nama negara kita sendiri pada pandangan mata orang luar.





TUTORIAL

KESAN-KESAN KEPADA NEGARA
Kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan.
Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut.
Sosioekonomi Negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntukan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat.
Kadar jenayah dalam Negara akan meningkat sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah tersebut.
Anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam Negara.


Pada pendapat saya, setiap masalah ini bermula dari bangku sekolah lagi.Jadi, kita haruslah memupuk pelajar seolah supaya mengikuti landasan yang betul.Cara yang terbaik ialah ibubapa.Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa kawalan. Tetapi malangnya ramai ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama anak terhad.  Atas alasan  perlu bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. 
  Seterusnya, saya mencadangkan pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu bapa yang cuai mendidik anak-anak  mereka. Jika  guru yang tidak bertanggungjawab boleh dihukum mengikut peraturan yang sedia ada. Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu bapa yang cuai, lepas tangan dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan gengsterisme. Ibu bapa seperti inilah sebenarnya faktor utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.  
Akhir sekali, pihak kerajaan harus memainkan peranan yang paling penting dalam pencegahan masalah ini.Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa  mengira kaum dan kelas sosial perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa dan sebagainya.






No comments:

Post a Comment