Sunday, August 31, 2014

BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1.1 PENGERTIAN BUDI:
-Perkataan budi beasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak
-Secara amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal, kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan.
-Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
-Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
-Budi juga merupakan suatu tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun pertuturan. Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
-Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

1.2 PENGERTIAN BAHASA
-Menurut Kamus Dewan(2002), maksud Bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
-Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
-Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
-Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
-Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.

1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA:
-Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA
-Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
-Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
-Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Tutorial
1. Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.

-Budi bahasa merujuk kepada tutur kataskelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.



2. Jelaskan pengertian budi bahasa daripada persepektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.


ORANG MELAYU

-Lantas budi bahasa orang Melaui mewakili peradaban orang Melayu, yang sifatnya sangat indah

ORANG CINA

-Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan: 'Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world'
-Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan.

ORANG INDIA

-Dalam agama Hindu nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan dangan dititikberatkan. Empat objektif yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.

3.Ulaskan pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.


-Rumah kukuh kerana mempunyai sendi, kalau sendi runtuh maka rumah juga akan runtuh. Sendi bagi bangsa adalah budi, kalau tiada budi maka tiada bangsa. Bahasa jiwa bangsa.

AKSES KENDIRI
Tambahkan maklumat berkaitan dengan konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia dalam blog anda daripada sumber lain yang anda cari.


-Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasasebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaanperkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atauukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budibahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Menurut bukuTesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pulamentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket,adab sopan santun,pekerti,akhlak yangberadat dan berbahasa.


1.4 CIRI-CIRI BUDI BAHASA
Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
(1) Bertimbang rasa
-Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
-bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
-memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi
-bersikap sabar
-sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur
-tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
-tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
-mudah memaafkan kesalahan orang lain

 (4) Bersopan-santun
-lemah-lembut
-tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
-perilaku yang sopan.



 (5) Ramah mesra
-mudah diajak berunding.
-mesra dan memberi senyuman
-penyabar dan tidak emosional.

 (6) Tidak mementingkan diri sendiri
-tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
-selalu tolong-menolong antara satu sama lain
-memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.
-Nilai-nilai budi Bahasa yang diamalkan oleh masyarakat melayu.


1.5 BUDI BAHASA MASYARAKAT MALAYSIA
1. Masyarakat Melayu:
Contoh:
-Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
-Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
-Memberi salam apabila bertemu.
-makan menggunakan tangan
-Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

2. Masyarakat Cina:
Contoh:
-Tunduk ketika memberi salam.
-Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
-Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
-Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
-menolong orang susah
-pemurah

3. Masyarakat India:
Contoh:
-duduk ketika makan dan menggunakan tangan
-Tidak membazirkan makanan.
-Senyap semasa bersembahyang.
-tidak membalas dendam
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
-Mematuhi adat dan resam.
-Salam orang yang lebih tua.

Tutorial
1. Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: "Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh". Berikan ulasan anda.
-Gurindam ini bermaksud bahawa hati adalah penggerak dari setiap tingkah manusia. Hati yang mengenali nafsu manusia. Apabila hati sudah rapuh maka tubuh akan mudah jatuh dan rosak. Tapi jika seorang manusia biasa menjaga hatinya, maka ia merasa lebih sihat dan selalu berfikir positif. Kerana sesungguhnya apa yang menjadi penyakit dalam tubuh adalah penyakit hati. Bait gurindam ini sangat dalam maknanya, pemilihan kata sangat luas dan mudah ditangkap maksudnya

2. Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
-Berbicara soal budi bahasa, kita boleh lihat bagaimana cara pertuturan generasi muda zaman sekarang.
Mereka sudah tidak lagi segan silu bercakap kasar bukan saja ketika di kalangan rakan sebaya bahkan pada mereka yang lebih berusia.

3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.
-PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa memberi didikan pendidikan dan agama sejak kecil
Ibu bapa  menunjukkan  teladan yang baik kepada anaknya.

-PERANAN PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar
Mementingkan budi bahasa di sekolah

AKSES KENDIRI
Maklumat tambahan

-Panggilan
Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.




1 comment:

  1. MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA
    The most recent update to the MEGA DRIVE MEGA DRIVE 강릉 출장안마 MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE MEGA DRIVE 대전광역 출장안마 MEGA DRIVE 삼척 출장마사지 MEGA DRIVE 과천 출장샵 MEGA DRIVE MEGA DRIVE 수원 출장마사지 MEGA

    ReplyDelete