4.1 JENIS PERATURAN BAHASA
1. Peraturan linguistik
• Menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan Bahasa.
• Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan Bahasa sesuatu Bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
• Untuk menjaga kesempurnaan perjalanan sesuatu urusan atau majlis agar mesej yang disampaikan jelas dan tepat.
• Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistic yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi
• Contohnya, pengguna tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya.
• Penggunaanya dalam komunikasi lisan termasuklah kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang
• Sebutan perkataan hendaklah halus dan tepat supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik dan santun
• Peraturan linguistik harus dipatuhi untuk menjaga kesempurnaan perjalanan sesuatu usrusan atau majlis agar mesej yang disampaikan jelas dan tepat
• Untuk memastikan semua yang hadir dengan urusan atau majlis dapat mengurangkan jurang berkomunikasi
2. Peraturan sosiolinguistik
• Berkaitan dengan penggunaan Bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (komunikasi lisan)
• Peraturan sosiolinguistik yang menitikberatkan hubungan sosial antara penulis dengan pembaca (komunikasi tulisan)
• Peraturan sosiolingustik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seorang yang lain
• Contoh: penggunaan kata sapaan yang betul
• Contoh:dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul
• Penggunaan gelaran dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara(dalam suasana yang tidak rasmi)
3. Peraturan pragmatic
• Satu kajian di mana perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud tertentu dalam situasi yang tertentu
• Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara bersopan dan berkesan
• Menekankan penggunaan Bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
• Contoh: dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog
• Supaya tujuan atau hajat kita tercapai pada waktu yang sama kesopanan Bahasa terpelihara
4.2 JARAK SOSIAL
• Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
• Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan bawah
• Setiap lapisan tersebut disebut starata sosial.
• Dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya
• Jarak perabadan muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan
4.3 KONTEKS PERCAKAPAN
• Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic untuk memahami pemakaian Bahasa
• Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
• Dibahagikan kepada lapan jenis:
• a. Penutur dan Pendengar
Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
• b. Topik pembicaraan
Dengan mengetahui topic pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topic pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di sampig itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang dibicarakan
• c. Latar peristiwa
Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melari terjadinya peristiwa percakapan.
• d. Penghubung
Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan Bahasa lisan atau tulisan. Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hubungan langsung terjadi dalam dialog tanpa perantara sedangkan hubungan tidak langsung terjadi dengan perantara telefon. Ujaran secara lisan juga dapat dibezakan menjadi regam resmi dan tidak resmi
• e. Laras Bahasa
Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras Bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan. Amatlah ganjil jika ragam Bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar-menawar di pasar. Jika berasa anah atau ragum tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti menyampaikan kulian akademik.
• f. Bentuk pesanan dan maklumat
Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental. Bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum jika pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jika pendengar terdiri daripada satu lapisan masyarakat bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat khusus. Isi dan bentuk pesanan hendaklah sesuai dengan kehendak pendengar untuk mengelakkan sukar dicerna oleh pendengar.
• g. Peristiwa percakapan
Peristiwa percakapan bermaksud peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan. Contohnya pidato, perdebatan, seminar dan sebagainya. Peristiwa percakapan tertentu akan membentuk bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan. Contohnya, wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.
4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
• Dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informative, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan.
• Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jatina dan sebagainya
• Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan.
• Contohnya, bidang ilmiah, bidang industry, bidang pemasaran dan lain-lain
• Harus bertepatan dengan suasana keadaan
• Contohnya, tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa
• Dalam percakapan, kita haruslah cakap apa yng penting dahulu
• Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan
Contoh-contoh:
1. Perkara yang penting dan menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain
-Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu buruk telah berlaku. Perkara tersebut harus diberitahu secepat mungkin
2. Perkara yang penting tetapi tidak segera.
-Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.
3. Perkara yang tidak penting
-Kita boleh menyampaikan sesuatu yang tidak penting semasa berbual-bual pada masa lapang. Kita boleh memilih keadaan yang ‘relaks ‘ untuk memberitahu sesuatu yang tidak penting.
4.5 GILIRAN BERCAKAP
• Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap
• Masyarakat Melayu mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
• Sistem pola giliran digunakan supaya percakapan dapat diangsungkan sekata dalam kata lainnya setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama untuk berbicara
• Contoh pola giliran
“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
“Mungkin anda memiliki gagasan lain?”
• Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi kerana adanya kaitan antara satu masalah terhadap masalah yang lain atau satu topic terhadap topic yang lain.
• Contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal:
Mungkin ada kaitannya dengan…
Mungkin agak menyimpang, tetapi…
Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah…
• Contoh semasa menyangguh pendapat yang berbeza dengan pendapat kita:
a) Berikan permohonan maaf dahulu
b) Nyatakan kesan mendukung gagasan akan disangguh sebelum menjelaskan kekurangannya
c) Ungkapkan kekurangan dengan perkataan berpekerti dan tidak menyinggung
d) Beri alasan yang logic
Aturan giliran bercakap mengikut abad dan tataterbit:
DI KELUARGA
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang lebih besar
4. Pihak khususnya adik
DI SEKOLAH
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar
4.6 MEMULAKAN DAN AKHIRI PERCAKAPAN
• Memulakan dan mengakhiri percakapan termasuk dalam aspek sosiolinguistik yang juga turut mempengaruhi kasantunan Bahasa
• Masyarakat Melayu- percakapan yang santun mestilah bermula dengan assalamualaikum dan salamsejahtera atau selamat pagi dan sebagainya.
• Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan ialah dengan mengajukan pernyataan
• Kalimat tanya boleh menghidupkan suasana, tatkala seseorang tidak tahu apa yang harus diucapkan untuk membuka percakapan
Contohnya: Hendak ke mana?
• Manakala, percakapan boleh diakhirkan dengan mengucapkan terima kasih dan disudahkan dengan wabillahhitaufik wassaalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
• Ungkapan untuk mengakhiri percakapan boleh juga berupa pernyataan atau pernyataan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri
Contohnya: Sudah pukul berapa sekarang? Tidak terasa sudah dua jam kita berbincang.
• Mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih
Contohnya: Terima kasihlah kerana sudi datang
• Mangakhiri percakapan dengan permohoman maaf
Contohnya: Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara.
• Mengakhiri percakapan dengan pernyataan harapan
Contohnya: Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan
4.7 PEMILIHAN KATA
Gelaran Pergaulan Bebas
-Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkhawin, manakala ‘Encik’ untuk lelaki sahaja. Gelaran pergaulan ta bersahaja frmal untuk orang lelaki seperti ‘Tuan’, ‘Haji’, ‘Doktor’ dan ‘Profesor’ digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri ‘Saudara’ dan ‘saudari’ digunakan untuk orang lelaki ata perempuan yng seumur ataupun lebih muda dengan diri sendiri.
Gelaran Warisan
-Contoh raja bagi negeri Perak. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda bagi negeri Brunei Darussalam. Tengku untuk Kelantan, Pahang, Kedah dan Terrengganu. Gelaran keturunan orang-orang besar seperti Megat dan Puteri bagi negeri Perak, Nik dan Wan bagi negeri Kelantan, Abang bagi negeri Sarawak, Datu bagi negeri Sabah.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Mallaysia seperti Raden dari Jawa Daeng dari Bugis, Sidi, Sultan dari Minangkabau, Tengku dan Tengku dari Aceh.
Gelaran Kurnian, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Setia dan sebagainnya adalah gelaran diuniakan oleh kerajaan negeri. Toh Puan adalah gelaran kepada datuk Terengganu.
Contoh-contoh Gabungan Gelaran:
a. Kekeluargaan+Keagamaan- Pak Haji
b. Pergaulan Tak Bersahaja(kecuali saudara) + Keagamaan- Tuan Haji
c. Kekeluargaan+ warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan
d. Pergaulan Tak Bersahaja+ Keagamaan+ Warisa(hanya Nik).- Tuan Haji Nik
e. Warisan (Kecuali Nik)+ Keagamaan- Raja Haji
f. Kurniaan Kerajaan+ Akademik/Ikhtisas + Warsan+ Keagamaan- Tan Sri Prof. Raja Haji Osman
TUTORIAL
1. Bincang dan hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks percakapan.
JARAK SOSIAL
1. Hargai mitra bicara
Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.
2. Peka terhadap kesempatan
Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat
3. Fahami relevansi pembicaraan
Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik
KONTEKS PERCAKAPAAN
- Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan
Selamat pagi, Assalamu’alaikum, Hello
-Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi
Bagaimana menurut pendapat Anda?(formal)
Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?
- Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan
Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”
-Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus
( Secara formal )
Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya….
(Secara nonformal)
Wah, makin seru kalau kita bicara soal…
Boleh tahu pandanganmu tentang….
2. Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat Melayu banyak diugkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan dalam masyarakat.
Peribahasa
1. Bahasa jiwa bangsa.
2. Bahasa menunjukkan bangsa.
3. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.
4. Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa.
5. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar.
6. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya.
Pantun
1.Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Anak Cina menimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.
3.Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak menumpang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.
3.Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak menumpang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
No comments:
Post a Comment