Saturday, August 30, 2014

BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Kesantunan berbahasa : kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika  komunikasi sama ada lisan atau tulisan.

3.2 KESANTUNAN VERBAL
Amat Juhairi Muin (1992)- Kesopanan dan kehalusan  bahasa ketika berkomunikasi sama ada dalam lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, setaraf dengan kita atau orang yang berkedudukan lebih rendah.
Awang Sariyan (2007)- kesantunan merupakan penggunaan  bahasa yang baik,sopan, dan beradab memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak teman berbicara.

-ASPEK-ASPEK KESANTUNAN VERBAL-
Cara sapaan lisan menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidajk berbudi bahasa.
Kehalusan  budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau  kesopanan  ketika menggunakannya
Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri. (gelaran rujukan hormat  & ganti nama)
Penggunaan kosa kata &  ganti  nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur & keakaban hubungan
Penggunaan bahasa dalaman. (patik, berangkat, bersiram)
Penggunaan kata &  ungkapan bertatasusila.
CONTOH : 
Pak cik : untuk orang lelaki yang sebaya  dengan ayah kita.
Mak cik : untuk orang perempuan yang sebaya dengan ibu kita.
Tok : untuk orang lelaki & perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk & nenek kita.
-Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-( Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Mak Su)
b. Gabungan nama kekeluargaan   asas
-Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah,Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.
c. Sistem penggilan kekeluargaan 
-Diwakili oleh menantu, mentua dan ipar.
- ( Pak Mentua, Mak Mentua dan  Tok Mentua)
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh : Abang ipar, Kak Ipar, Adik Ipar ..
Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Contoh :
Tuan : lelaki yang lebih tinggi pangkatnya & orang lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Professor dan Syed.
Encik , Cik : lelaki yang lebih tinggi pangkatnya seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan : perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi & perempuan yang  mempunyai gelaran Doktor, Profesor..
Saudara : orang lelaki atau perempuan yang seumur atau lebih muda & hubungannya belum rapat dengan kita atau digunakan  dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan, forum & majlis-majlis rasmi.
Saudari : perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan : hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan.
Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor)
Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam)
Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu)
#Gelaran keturunan orang-orang besar : Megat dan  Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah) & Tun (Terengganu).
-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W
-Syed atau Sayed bagi lelaki &  Syarifah bagi perempuan
-Gealaran warisan bagi keturunan dari luar Malaysia
Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sutan (Minangkabau), Teuku & Teungku (Aceh)

3.3 KOMUNIKASI NONVERBAL
-Komunikasi tanpa kata-kata yang  dikenali sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
-Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1999)
Bahasa Badan(perhubungan ruang, jarak, orientasi masa, gerak-geri, roman (rupa muka), gerak mata, sentuhan , suara & kadar kelajuan.
-tujuan : untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan.
Fungsi Komunikasi Nonverbal
-Pengulangan (Repeating)

-Penggantian (substituting)

-Kontradiksi (contrast/regulating)

-Pelengkap (complent)

-Penegasan  (accenting/moderating)

BAHASA TUBUH 
-Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. 
-Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
 -Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. 
-Isyarat tanpa lisan boleh digunakan untuk: 
 mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan 
 mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej.
-Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

KEPENTINGAN BAHASA TUBUH
-Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
-Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui: 
-Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan 
-Bila patut berhenti
-Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

GERAKAN ANGGOTA BADAN
-Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. 
-Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. 

GERAKAN MATA 
-Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. 
Contohnya: 
-Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat 
-Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya 
-Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta 
-Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.

 GERAKAN TANGAN 
-Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan 
orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. 
- Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. 
-Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya. 
 -Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya 

MIMIK MUKA
-Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. 
-Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
 -Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. 

EMBLEMS
-Isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maksud.
-Dipengaruhi oleh sesuatu budaya sesuatu bangsa, sebagai contoh, bunuh diri.
-Ada yang mempunyai maksud sejagat: V
-Maksudnya tepat & difahami penerima

Illustrators
-Isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama dengan ucapan untuk membantu/ mengukuhkan pemahaman

Tutorial
1. Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.
-Sentiasa bercakap apa yang sesuai sahaja
-Tidak menimbulkan konflik
-Bersikap ikhlas
-Menggunakan bahasa yang sopan

2. Seneraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah, kemudian berikan contoh dialog.

Jenis Kesantunan Verbal
-Bersalam apabila bertemu
-Murid menggunakan gelaran yang hormat
-Sentiasa senyum apabila bertemu
-Beramah mesra
-Guru bercakap apa yang sesuai dengan budaya tempatan

Contoh

“Selamat pagi, murid-murid.”

“Assalamulaikum.”

“Terima kasih kerana membantu cikgu.”
“Selamat petang, cikgu.”





3.4 KESANTUNAN LISAN
-Komunikasi lisan dikenali komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung
-Kesantunan berbahasa dapat dilihat dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumuman dan arahan dalam pehimpunan

Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
-Suara dan intonasi yang sopan
-pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
-Penggunaan sistem panggilan yang betul dan sesuai

3.5 KESANTUNAN LISAN
-Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal
-Penyampaian perlu berfikir secara serius
-Merupakan kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca.

Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal/ rasmi atau tidak rasmi/tidak formal

Formal
-Surat rasmi
-Laporan
-Kertas Kerja
-Pidato

Informal
- Penggunaan kata panggilan yang betul
-Kata sapaan yang betul
-Gaya bahasa yang betul




No comments:

Post a Comment